'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi SK Seri Manjung | Manjung, Perak, 605-688 1014

PERTANDINGAN MENULIS UCAPAN HARI RAYA MELALUI FROG VLE


LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN;

1. Log in FROG VLE sendiri.
2. Klik Dashbord Sekolah.
3. Klik Ucapan Hari Raya 2016.
(klik + dapatkan kotak dan tuliskan ucapan hari raya anda)
4. Selesai ucapan klik di mana-mana ruang kosong di skrin komputer anda.


==================

HADIAH MISTERI MENANTI ANDA!

Doa Puasa Ramadhan Hari ke-18


اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ الْعَارِفِيْنَ

”Ya Allah sedarkanlah kami untuk mengetahui berkat yang ada pada waktu sahur untuk kami panjatkan doa kepada Mu ya Allah... Terangilah hati kami dengan cahaya-Mu yang lembut. Jadikanlah seluruh anggota badan kami dapat mengikuti cahaya itu. Wahai Penerang hati sanubari”.

Ya Allah... di pagi 18 ramadhan ini kami bermunajat ke hadrat Mu ya Allah..... dengarlah permohonan dan rayuan kami ya Allah....

ya Allah... ampuni lah dosa kami, dosa ibu bapa kami, insan yang kami kasihi... balaslah ya Allah setiap titik susu ibu yang mengalir dalam badan ini dengan syurga MU ya Allah...
balaslah setiap titik peluh ayah yang mengalir ke bumi dalam membesarkan kami dgn syurga MU ya Allah.....
ampunilah dosa pasangan kami,
dosa anak2 kami,
dosa ahli keluarga kami
dan dosa sahabat2 kami*...

ya Allah...
permudahkanlah segala urusan kami di dunia ini dan lebih2 lagi di akhirat nanti ...

ya Allah...
kurniakanlah kesihatan yang baik bagi kami serta seluruh ahli keluarga kami
.
ya Allah...
berilah kami kekuatan dan kesabaran dalam melaksanakan ibadah kepada MU..
ya Allah...
terima puasa kami dan tempatkanlah ia bersama puasa para anbiya'...
ya Allah...
berilah kemenangan kepada ISLAM ya Allah....
ya Allah....
pertemukanlah kami dengan malam alqadar....
ya Allah... berilah kejayaan yang cemerlang untuk anak2 kami dan anak2 didik kami...
.
Aamiin ya Rabbal 'alamin ....

Tazkirah Ramadhan - 16.06.2016 - 11 Ramadhan 1437H

🍚 Fidyah
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

🍚 Hukum Fidyah
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

📃 Prosedur Membayar Fidyah
Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

📋 Sebab-sebab dikenakan fidyah

✔Uzur menunaikan puasa wajib – Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

✔Perempuan hamil – Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

✔ Ibu yang menyusukan Anak – Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

✔ Orang yang telah meninggal dunia – Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

✔ Melambatkan Ganti Puasa (Qada’) – Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

🔣 Taksiran fidyah

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah

Kadar bayaran fidyah
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

👉Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah seperti berikut:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20

Untuk makluman anda, jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

🇲🇾 Kadar fidyah mengikut negeri.

🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺🍃🌺
Semoga perkongsian mengenai cara mengira Fidyah ini memberi manfaat pada semua.

Aktiviti Tadarus Sewaktu Rehat Sepanjang bulan Ramadhan.


Tips Dimurahkan Rezeki

Tips Dimurahkan Rezeki
==================
.
🐚1. ISTIGFAR
Sehari istigfar at least 100 kali subuh, 100 kali zohor, 100 kali asar, 100 kali maghrib, 100 kali isyak. 50 kali pun takpa. Ikutlah masing-masing. Ingat, Rasulullah pun dalam sehari berkali istigfar.
.
🐚2. DHUHA
Amalkan solat dhuha. Lepas dah amal, try 'jaga' solat dhuha. Kalau tak boleh 7 kali dalam 7 hari, buatlah 3 kali dalam seminggu. Bukan kuantiti Allah nilai tapi kualiti. Apa dia ? Keikhlasaan untuk tunduk pada Rabb.
.
🐚3. AL-QURAN
Jangan ketepikan. Solat jangan ketepikan. Dua benda ni kalau kita jaga seperti jaga seorang 'kekasih', nescaya kita orang yang paling bahagia. Wallahi.
.
🐚4. TAHAJUD
Tuan guru Nik Aziz tahu tak kenapa tak pernah tinggal tahajud ? Sebab ada 'perasaan' lapang tiap kali melaksanakan solat ini. Manusia nampak kita seperti sibuk sana sini, tapi Allah sentiasa 'lapangkan' kita dengan cara setiap urusan kita dipermudahkan. Sebab itu tuan guru semasa hayat, waktunya walaupun pack dengan memberi ceramah, masih ada ruang untuk keluarga, isteri dan sebagainya. Lapang tu luas definisinya. Allah beri rezeki dalam banyak bentuk.
.
🐚5. HUTANG
Hutang dengan orang, make sure kita bayar dan lunaskan. Kalau tak boleh, buat perjanjian dan musyawarah dengan pihak yang kita hutang kita nak bayar bila, kita nak tempoh sekian sekian. Dan andai masih ada yang berhutang pada kita, jangan tuntut. Kalau dia nak bayar, bayar. Kalau tak, takpa. Halalkan. Dalam masa yang sama, doa banyak-banyak moga itu salah satu Pintu pembuka rezeki untuk kita.
.
🐚6. ADAB
Pada ibu ayah, jangan jadi anak yang 'biadap' atau yang tiada adab. Sebab once kita sakitkan hati ibu ayah, rezeki susah nak lekat, keep contact. Tanya khabar, minta doa dan restu hari-hari tak kira anda bujang ke dah kahwin ke keep contact. Doakan kesejahteraan ibu ayah.
.
🐚7. HUBUNGAN DGN MANUSIA
Jangan suka hasad dengki, dendam kesumat, menyebarkan fitnah, aib, umpat. Kalau terbuat, cepat-cepat muhasabah dan istigfar. Perbanyakkan ambil air wuduk ketika marah. Sebab diri kita sendiripun tidak terlalu baik.
.
🐚8. HORMAT GURU
Hormat guru bagi yang student. Hormat majikan bagi yang bekerja. Doakan guru, doakan boss kita. Sentiasa anggap mereka seperti ahli keluarga. Sayangi mereka. Minta mereka doakan kita.
.
🐚9. ZIKIR
Cuba hayati dan selami zikir asmaul husna terutamanya. (99 nama Allah). Setiap 99 nama Allah ada maksud tersurat dan tersirat. Contoh bab rezeki, boleh amakan zikir Ya Razzaq..Ya Razzaq tiap kali lepas solat.
.
🐚10. SEDEKAH
Nampak pakcik jual newspaper tepi jalan belilah dengan wang besar sikit, nampak makcik tepi jalan jual kuih atau nasi lemak belilah walaupun ketika itu kita tak lapar, masuk masjid ringankan tangan untuk masukkan duit dalam tabung even RM 1. Naik bas ke teksi ke, jangan ambil baki wang, niat lah sedekah. Ada duit lebih, beri hadiah pada ibu ayah, guru-guru, kawan-kawan, adik2, suami isteri niat untuk sedekah. Tak perlu tunggu birthday dan sebagainya. Banyak cara sedekah. Apa yang kita 'beri' itulah 'milik' kita di sana. Akan dihimpunkan di hari pengadilan. Bukannya apa yang kita 'simpan'.
.
🐚11. HAIWAN & ALAM
Haiwan itu ciptaan Allah. Alam itu ciptaan Allah. Buat baik dengan haiwan, beri makan. Beri minum. Sayangi haiwan, alam. Tahukah kalian setiap alam di dunia ini akan bertasbih memuji Allah, pokok, sungai, daun, hujan sekalipun akan mengagungkan Tuhan mereka ? Pastikan kita beradab pada alam. Jangan buang sampah, jangan cemarkan dan sebagainya. Sayangilah alam. Sebab seorang guru pernah kata, salah satu tips menjemput rezeki yang manusia selalu lupa adalah adab pada haiwan dan alam.
.
🐚12. POSITIF
Always positive and never give up (bersyukur dan bersabar). Rezeki itu banyak makna. Dapat lihat mak ayah pun rezeki, dapat belajar tinggi-tinggi pun rezeki, dapat boss baik pun rezeki, dapat sahabat soleh pun rezeki, dapat pandang dunia dengan nikmat mata pun rezeki, dapat berjalan ke mall, ke pantai, ke taman pun rezeki, sebab ada orang yang takda kaki.Dapat bernafas pun rezeki. Rezeki itu bukan dari segi wang semata-mata. Sentiasa bersyukur dan bersabar dengan apa yang Allah hadiahkan buat kita sama ada suka mahupun duka. Satu je, kalau anda rasa anda diuji dengan sangat teruk ada lagi yang diuji lebih sakit.

Moga bermanfaat.
Wallahualam.

"Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah kepada Madrasah Kehidupan"

PUASA DARI SUDUT KESIHATAN oleh Tuan Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam, IPKIM)*

Tajuk : "Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah kepada Madrasah Kehidupan"

-Pada zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan umat Islam. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dan berbagai² lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Namun kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini sebagai pesta makanan
-Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, dan bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Berbukalah puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang yang tinggi molasesnya) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hipotalamus (otak dalam otak). Salah satu caranya, elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hipotalamus yg keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Hal ini menyebabkan masalah serius kesihatan.

2. Jangan "window shopping" ke Bazar Ramadhan kerana pada waktu itu  fungsi kawalan hipotalamus dalam mengawal nafsu makan amat lemah setelah bekerja seharian drp mula waktu Subuh utk mengawal kerja2 pembongkaran di hati  menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat Maghrib.
- Hasil daripada pembongkaran glukogen tepu dihati semenjak drp pagi akan menghasilkan tenaga yang sgt banyak, tenaga ini utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak/diagih kepada sel2 dalam tubuh, hasil drp pergerakan solat 13 rakaat yang berulang2 serta gema tenaga sekitaran pada waktu setelah azan Maghrib itu itu akan menyebabkan tenaga yang dihasilkan oleh tubuh kesan daripada puasa sepanjang hari akan dapat diserakkan ke dalam nuklues sel dan digunakan dengan sempurna. Oleh sebab itu solat Maghrib perlu disegerakan... Allahu akbar...

4. Slps solat Maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Secara automatik kita akan makan secara baik dan sedikit serta sudah boleh mengawal nafsu makan. Menu makan malam jgn lebih lima jenis makanan dlm satu hidangan satu jenis makanan ruji (cth Nasi), lauk, sayur, buah dan air.

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau kaitan mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

6. Slps mandi, sblm pergi solat Isyak minum setengah cawan susu segar + 3 biji kurma + satu sudu teh madu lebah yg diblender.

7. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawikh, solat dengan perlahan dan santai. Jgn yg terlalu gopoh-gapah.

8. Kalau nak ambil makanan selepas solat terawikh, pastikan ringan dan sedikit. Mkn lps pkl 10.30 adalah kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.

9. Selepas itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan asidifikasi 3 kali ganda....salah satu sebab kandungan kolestrol meningkat dalam darah.

10. Slps itu bangun pukul 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.

11. Sempurnakan sekurang-kurangnya 10 rakaat solat sunat, Sunat wuduk (2 rakaat), taubat (2 rakaat), tahajjud (4 rakaat 2 kali salam), hajat (2 rakaat) dan 3 rakaat witir bagi yg belum witir selepas terawikh tadi.

12. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan, 1/4 keselesaannya drp tidur sebelumnya. Masa ni di langit ada spektro berwarna merah jambu antara 3 hingga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

13. Sahur. Sebaik2 sahur adlah 1/18 dari makan malam dan yang terbaik adalah lebihan makan malam dengan syarat masih elok dan tidak basi. Lewatkan masa masak petang utk elak cepat basi. Masak lebih sedikit untuk makan malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dengan api perlahan dan setelah panas sedikit baru masukan garam

14. Slps sahur, boleh membaca Quran secara tadabbur dan terus solat Subuh berjemaah.

15. Jangan tidur selepas Subuh kerana gangguan kpd Tirod. Ia akan menyebabkan masalah terhentinya kerja2 pembongkaran (detokfikasi) toksid dalam badan.

16. Tidur qailulah ( masa terbaik adalah 1 jam sblm zohor, cukup hanya sekadar beberapa minit). 1 saat waktu ini menyamai tenaga tidur 45 minit waktu biasa.

*********

Cara makan kurma.
60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar biji kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Antara kurma yang terbaik ada 5 jenis: ajwa, medjool, mabrom, safawi dan mariami

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lebih drp 8 jam

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra-Ramadhan, In shaa-ALLAH.
*********
Norhissam Mustafa
*********