'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi SK Seri Manjung | Manjung, Perak, 605-688 1014

LARIAN GEMILANG 1M1S 2017



1. PENGENALAN
1.1 Aktiviti Larian Gemilang 1M1S yang dijalankan ini diharapkan akan dapat disertai oleh ramai murid Tahap 2. Aktiviti ini yang dijalankan dalam bentuk pertandingan individu untuk memilih wakil sekolah ke peringkat MSS Daerah Manjung. 15 pelari terpantas bagi setiap kategori akan diberikan hadiah.

2 . OBJEKTIF
2.1 Memperkembangkan potensi setiap warga SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MANJUNG dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 
2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti Sukan secara aktif.

3. MATLAMAT
3.1 Menambah lagi bilangan penyertaan pelajar dan guru serta staf kearah intergrasi Nasional. 
3.2 Membina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan Konsep Kegairahan Bersukan (Passion of Sport ).

4 . KONSEP
4.1 Dijalankan Pada : 13 Januari 2017 (Jumaat)

4.2 Jarak:2.2 KM

4.3 Garisan mula : Dataran Setia SKSM.

4.4 Garisan tamat : Dataran Setia SKSM.

4.5 Format : Berbentuk pertandingan individu.

4.6 Hadiah : 15 pelari terpantas setiap kategori

4.7 Pakaian: Pakaian sukan ( Baju-T PJ)

5. PENYERTAAN

5.1 Penyertaan semua murid tahun 5 dan 6 serta guru sebagai pegawai pengelola KECUALI atas masalah kesihatan. 

5.2 Pendaftaran dikira melalui kehadiran murid yang akan diambil oleh guru kelas.

6 . KESELAMATAN

6.1 Menghubungi Balai Polis (Unit Trafik ),Hospital, makluman kerana melibatkan keselamatan jalan raya dan keselamatan awam.

6.2 Menubuhkan Unit Peronda Bermotosikal (UPB ) untuk mengiringi peserta. Minta kerjasama AJK PIBG SKSM.

6.3 Tambahan 2 anggota PBSM akan dibahagikan di setiap Check Point tujuan keselamatan.


7 . HADIAH

7.1 Jumlah hadiah yang disediakan ialah sebanyak 60.

7.2 Kemenangan ditentukan akan diberikan kepada peserta yang sampai ke garisan penamat.

7.3 Hadiah akan disampaikan pada Perhimpunan Bulanan Kokurikulum pada 25 Januari 2017.