'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi SK Seri Manjung | Manjung, Perak, 605-688 1014

Laporan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM DI KEM SUNGAI PAUH CAMERON HIGHLANDS, PAHANG


LAMPIRAN BERGAMBAR
JUMAAT, 20 MEI 2016
1. Suasana tapak perkhemahan di Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands
Rajah 1 : Tapak perkemahan perdana unit beruniform
Rajah 2 : Antara kemudahan yang terdapat di tapak perkhemahan
Rajah 3 : Suasana yang sangat mendamaikan

2. Taklimat, memasang khemah dan ice breaking
Rajah 4 : Empat orang murid SKSM yang terlibat
Rajah 5 : Berehat sebentar sambil mengalas perut dengan roti
Rajah 6 : Mendengar taklimat daripada kem komanden
Rajah 7 : Aktiviti pemasangan khemah
Rajah 8 : Murid-murid memasukkan barang ke dalam khemah
Rajah 9 : Aktiviti  ice breaking di sebelah malam

SABTU, 21 MEI 2016
1. Aktiviti jungle trekking
Rajah 10 : Mendengar taklimat sebelum masuk ke dalam hutan
Rajah 11 : Di dalam hutan
Rajah 12 : Peserta berhati-hati semasa menuruni bukit
Rajah 13 : Bergambar di puncak Bukit Berembun

2. Aktiviti membuat ikatan dan simpulan tali
Rajah 14 : Jurulatih utama sedang mengajar peserta membuat pelbagai jenis ikatan dan simpulan tali
Rajah 15 : Murid sedang tekun berlatih

3. Aktiviti flying fox
Rajah 16 : Jurulatih utama sedang memberi taklimat berkaitan ciri-ciri keselamatan
Rajah 17 : Jurulatih sedang menerangkan cara pemakaian keselamatan yang betul untuk flying fox
Rajah 18 : Jurulatih sedang membantu peserta untuk melakukan flying fox
Rajah 19 : Bersedia untuk dilepaskan

4. Majlis penutup
Rajah 20 : Peserta bersedia untuk majlis penutup yang dijalankan pada sebelah malam
Rajah 21 : Penyampaian cenderamata kepada jurulatih utama, Encik Mohd Eddy bin Idris
Rajah 22 : Pertukaran cenderamata antara SK Seri Manjung dan SK Kampong Bahagia
Rajah 23 : Murid SKSM yang menerima anugerah ‘Peserta Paling Ptihatin’.
Rajah 24 : Bergambar kenangan bersama Guru Besar SK Kampong Bahagia

AHAD, 22 MEI 2016
1. Mengemas tapak perkhemahan
Rajah 25 : Bersarapan sebelum bertolak pulang
Rajah 26 : Murid-murid sibuk mengemas khemah masing-masing
Rajah 27 : Bergambar kenangan sebelum berpisah

2. Lawatan sekitar Cameron Highlands
Rajah 28 : Minum teh di Boh Tea Centre Sungei Palas, Cameron Highlands
Rajah 29 : Bergambar kenangan bersama salah seorang jurulatih utama.
Rajah 30 : Suasana yang sejuk dan mendamaikan

REFLEKSI
            Pada 20 hingga 22 Mei yang lepas, SK Seri Manjung telah dijemput oleh SK Kampong Bahagia Teluk Intan untuk menyertai Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang diadakan di Kem Sungai Pauh Cameron Highlands, Pahang.  Seramai empat orang peserta, seorang guru pengiring dan seorang jurulatih dari SK Seri Manjung telah menyertai perkhemahan ini.  Setiap peserta dan juga guru pengiring dikehendaki untuk membayar yuran penyertaan sebanyak RM50 seorang.  Perkhemahan selama tiga hari dan dua malam ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada murid.  Murid menjadi lebih berdikari, dapat berkenalan dengan rakan-rakan dari daerah yang berlainan serta dapat menjalankan pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan.
            Pada 20 Mei 2016, peserta bersama dua orang guru telah bertolak ke Cameron Highlands pada jam 10.30 pagi dan telah sampai ke tapak perkhemahan lebih kurang jam 3.30 petang.  Setibanya di tapak perkhemahan, guru dan peserta telah menunaikan solat sementara menunggu rombongan dari SK Kampong Bahagia yang belum tiba.  Lebih kurang pada pukul 5.00 petang, rombongan dari SK Kampong Bahagia telah tiba.  Semua peserta dihendaki untuk berkumpul dan mendengar taklimat ringkas daripada kem komanden.  Peserta juga diberikan roti sebagai minum petang dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut khemah.  Selesai minum petang, peserta dikehendaki untuk bekerjasama memasang khemah masing-masing dengan bantuan guru.  Selepas itu, murid dikehendaki berkumpul semula untuk taklimat dan dibenarkan untuk membersihkan diri dan menunaikan solat asar.
            Pada malam itu, selepas menunaikan solat fardhu maghrib dan isya’, peserta diminta berkumpul untuk menjalankan aktiviti ice breaking.  Perkhemahan pada kali ini telah melibatkan sebanyak empat buah sekolah iaitu SK Kampong Bahagia sebagai penganjur perkhemahan dan tiga buah sekolah jemputan yang terdiri daripada SK Seri Manjung, SK Convent Teluk Intan dan SK Sultan Abdul Aziz.  Keseluruhan peserta pula seramai lebih kurang 87 orang murid.  Makanan dan minuman sepanjang perkhemahan telah disediakan secara gotong royong oleh guru-guru dari SK Kampong Bahagia.
            Pada keesokan harinya selepas bersarapan, peserta memulakan pagi mereka dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh jurulatih utama.  Perkhemahan pada kali ini telah dibantu oleh lebih kurang sepuluh orang jurulatih utama negeri Perak.  Selepas itu, peserta diminta bersedia untuk aktiviti fizikal jungle trekking.  Taklimat ringkas telah diberikan sebelum murid mula masuk ke dalam hutan.  Beberapa orang guru serta jurulatih juga turut mengikuti aktiviti ini.  Aktiviti jungle trekking ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada semua peserta.  Disamping dapat melihat keindahan flora dan fauna, peserta juga dapat memupuk sifat bekerjasama dan bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dam juga rakan mereka.
            Selepas aktiviti jungle trekking, murid dibenarkan untuk berehat dan makan tengahari.  Selepas solat zohor, murid diminta berkumpul untuk menjalankan aktiviti membuat ikatan dan simpulan tali.  Jurulatih telah mengajar beberapa ikatan tali asas dan peserta diminta untuk berlatih membuat ikatan tersebut.  Kemudian, peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjalankan aktiviti flying fox dan juga orienteering.  Sebelum menjalankan aktiviti flying fox,  jurulatih telah memberikan taklimat berkaitan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti tersebut, cara pemakaian keselamatan dan cara untuk melakukan aktiviti tersebut.  Aktiviti-aktiviti ini sangat baik kerana dapat menguji keberanian peserta, meningkatkan keyakinan diri serta membolehkan peserta memperoleh pengetahuan dan pengalaman baru. 
            Pada sebelah malam, satu majlis penutup telah dijalankan.  Guru Besar SK Kampong Bahagia, Hjh Anita Salmi sangat berbesar hati menerima kehadiran peserta-peserta jemputan dari sekolah lain.  Guru pengiring juga telah menyampaikan cenderamata dari SK Seri Manjung sebagai tanda penghargaan kepada SK Kampong Bahagia.  Kenangan yang paling manis apabila dua orang peserta dari SK Seri Manjung iaitu Farkhin dan Izzan yang masing-masing menerima ‘Anugerah Peserta Berdisiplin’ dan ‘Anugerah Peserta Prihatin’.  Pada malam itu, semua peserta dihidangkan dengan makanan steamboat.
            Pada 22 Mei 2016 iaitu hari terakhir di Kem Sungai Pauh, selepas bersarapan, peserta diminta untuk mengemaskan barang dan khemah masing-masing.  Selepas siap berkemas dan membersihkan tapak perkhemahan, para peserta, urusetia, guru-guru pengiring dan jurulatih telah mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.  Selepas bermaaf-maafan, kami meneruskan perjalanan ke BOH Tea Centre Sungei Palas sambil menikmati teh panas sebelum pulang ke Manjung.  Sebelum itu, murid-murid juga telah ke Strawberry Farm untuk membeli sedikit buah tangan untuk rakan dan keluarga.  Peserta dan guru akhirnya sampai ke perkarangan SK Seri Manjung lebih kurang jam 5.30 petang.
            Secara keseluruhannya, Perkhemahan Perdana Unit Beruniform pada kali ini memberikan 1001 kenangan manis kepada murid-murid dan juga guru pengiring.  Banyak pengalaman yang telah diperolehi dan diharapkan agar SK Seri Manjung juga dapat menjalankan program seperti ini pada masa akan datang.



Disediakan oleh :

tt
.................................................................
(NUR FARAHIN BT AHMAD FUAD)
Guru Pengiring,
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform,
Anjuran SK Kampong Bahagia.


Disahkan oleh :

tt
......................................................................
(EN MOHD HAIRUL ANUAR B HASHIM)
Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Seri Manjung.