'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi SK Seri Manjung | Manjung, Perak, 605-688 1014
Memaparkan catatan dengan label persekitaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label persekitaran. Papar semua catatan

Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE)

Kepada seluruh warga SK Seri Manjung,

Tidak kira anda seorang murid atau pelajar, guru-guru, warga kakitangan serta ibubapa.
Anda dijemput untuk menggunakan portal Frog VLE SK Seri Manjung.

Apa itu Frog VLE ?

Bayangkan Frog sebagai satu rangkaian sosial untuk sekolah.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.


Sila layari Frog VLE SKSM di : https://aba1028.1bestarinet.net/

Untuk aktivasi akaun anda, sila klik disini : https://nsmi.1bestarinet.net/NSMI/ParentIDRetrieval